Pukul 7 petang 10 Julai 2011 akhirnya kami bertolak juga ke perairan Pulau Undan. Pengalaman pertama kami memancing laut dalam yang berkedalaman lebih 30 meter. Rupe-rupenye susah jugak nak buat trip mancing ni. Trip ni sebenarnya dah dirancang lebih sebulan dari tarikh. Maksimum peserta yang diperlukan seramai 8 orang. Mulanya yang berjanji nak pergi seramai 7 orang tapi petang sebelum bertolak ke jeti seorang terpaksa menarik diri sebab tak sihat. Tak mengapa la masih ada 6 orang, tetapi masa kami berada di jeti 2 orang lagi menghantar sms menarik diri. Bengang betul rasenye, kalau dah memang tak nak pergi kenapa tak beritahu awal-awal, kan senang. Kami pun boleh cari orang lain untuk gantikan diaorang. Hati memang sakit, tapi kami dah berjanji dengan tekong. Ape2 hal pun mesti pergi juga. Tak mengapa lah walaupun pergi 4 orang saja.
|
Bergerak menuju Pulau Undan, bro yang pakai topi merah tu krew bot. |
|
Anggota trip termuda.. gembira je die |
|
Alahai, bile nak sampai ni.. Pulau pun tak nampak lagi |
|
Si Syafiq ni dari jeti sampai la ni duk masukkan benang kat dalam tanduk, tak masuk-masuk. |
|
Ikan pertama trip, seekor tetanda. |
|
Ni la padahnye kalau tak makan pil tahan mabuk. Kecundang akhirnya. Haha.. |
|
Syafiq dengan jenak pertamanye.. Dapat lesen gred A plak tu.. Tgk le wajah riak beliau.. |
|
Syafiq dengan senangin tunggal trip kami |
|
Ini le tangkapan terbesar trip kami yang dinaikkan oleh cikgu Azim, pari beting seberat 7kg. Terpaksa shoot gambar kat jeti sebab kat atas bot tak boleh nak shoot, nak berdiri pun susah. Alun ombak terlalu kuat. |
|
Inilah hasil trip kami. Boleh le untuk trip pertama. |
Kami sampai di jeti Kg Sebatu lebih kurang jam 12 tengah hari. Terima kasih kepada tekong Ijan dan krew yang memberikan layanan yang baik sepanjang trip ini.