Ahad, 29 Disember 2013

Trip Kelong Atap Biru Pantai Siring

Assalamualaikum,

Lame benor ye tak update blog ni. Yang sebenarnye tengah malas nak menaip, lagipun takde trip-trip menarik yang nak dikongsikan, ade trip pun kumpau dan membangau je..hehe..
     15/12/2013 lepas kiteorang ade le jugak buat trip ke Kelong Atap Biru @ Kelong Hj Jaafar kat Pantai Siring, Pulai. dalam banyak-banyak kelong kat Pantai Siring tu kelong ni la yang selalu kami naik. 
     Sedikit tentang kelong ini Kelong Atap Biru merupakan sebuah kelong yg selesa. Terdapat dua buah bilik untuk berehat dan tidur berserta dengan pangkin yg dijadikan katil dan sebuah bilik sembahyang yg lengkap dengan sejadah dan kain pelekat utk bersembahyang. Bilik air juga tersedia untuk kemudahan pemancing.
      Untuk trip kali ini, beberapa spesis gred A berjaya kami naikkan. Lihat saja la hasil yg kami dapat, biar gambar saje yg berbicara... Adioss.. 
   

Jenak pertama dinaikkan pd jam 6 ptg

Senangin Junior

Tu dia, Serkot Tunggal 1.1kg berjaya dinaikkan
disebelah malam
Sembilang seberat 980grm
Serkot kedua dinaikkn 
Kerapu Junior, satu2nye kerapu trip ini
Hasil sebelah pagi
Alhamdulillah..Inilah hasil yg kami perolehi utk trip kali ini.
Seekor lagi Serkot tapi dlm trip yg lain  dikelong yang sama


























Isnin, 10 Jun 2013

Jigging

Vertical jigging, deep jigging, Japanese jigging, extreme Jigging…Pelbagai jolokan digunakan untuk menggambarkan kaedah pancingan yang semakin popular pada hari ini yang bermula di Jepun dan semakin berkembang ke seluruh Asia, Oceania dan Eropah. Tidak menghairankan pada hari ini orang-orang Amerika pun mula berjinak-jinak dengan aktiviti jigging ekstrim ini.

Sebenarnya jigging merupakan antara kaedah memancing yang tertua yang telah diamalkan di Barat. Orang-orang Jepun yang terkenal dengan budaya rekacipta mereka telah membuat innovasi terhadap teknik ini. Mereka telah menghasilkan pelbagai produk baru yang asasnya adalah penggunaan set pancing yang ringan tetapi boleh menewaskan gergasi-gergasi bagak. Dahulu, gergasi samudera seperti tuna sirip kuning (YFT), tuna gigi anjing (Dogtooth Tuna), gerepoh gergasi (GT), aji-aji dan sebagainya hanya berjaya ditewaskan dengan menggunakan set pancing yang kasar. Penggunaan set yang kasar ini tidak memberi peluang kepada mereka yang berbadan kecil terutamanya orang-orang Asia kerana kita terpaksa berhempas pulas untuk mengendalikan perlatan tersebut. Ini membunuh keseronokan memancing. Sebaliknya penciptaan baru peralatan ringan tetapi berkuasa tinggi oleh orang-orang Jepun telah membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja terutamanya masayarakat Asia yang berbadan kecil untuk menikmati keseronokan sukan memancing ekstrim atau big game. Saya yakin sekiranya kepingan besi yang dikarau laju oleh anda disergah mangsa, anda pasti akan jatu cinta dengan teknik berjigging.

Kaedah Berkesan Untuk Jigging

Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu. Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.
Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.


Kekili Jigging

Kedua-dua jenis kekili sama ada kekili menegak (multiplier) atau kekili mendatar (spinning) sesuai digunakan untuk jigging. Terpulanglah kepada kesesuaian dan kegemaran masing-masing.Antara kekili menegak yang sinonim dengan aktiviti jigging ialah seperti Shimano Ocea Jigger, Shimano Kaikon, Daiwa Saltiga Z, Accurate Boss Magnum, Avet JX. Pemilihan kekili menegak yang sesuai adalah penting kerana kekili yang tirus (narrow) adalah lebih sesuai berbanding dengan yang lebar kerana ini akan memudahkan tali dikarau tanpa perlu disusun. Hampir semua kekili mendatar untuk jigging tidak mempunya level wind. Kekili yang tirus juga lebih ringan dan lebih mudah dikawal ketika berentap dengan mangsa.Sementara kekili mendatar yang popular pula ialah seperti Shimano Stella, Twinpower, Biomaster, Ultegra dan Navi. Daiwa mengeluarkan kekili seperti Saltiga Series. Ada juga yang menggunakan Penn Spinfisher. Yang penting, ratio kelajuan mestilah tinggi dan mempunyai sistem tegangan (drag) yang berkualiti. Drag yang berkualiti amatlah diperlukan untuk menghentikan larian mangsa ke struktur tajam dan bergerigi seperti batu karam atau kapal karam yang akan  
memutuskan tali.



Jenis-jenis Jig

Terdapat pelbagai jenis jig di pasaran daripada pelbagai jenama berdasarkan saiz, warna dan bentuk.
Image
Image

Adalah sukar untuk mengatakan jig yang manakah yang lebih berkesan daripada jig yang lain. Perkara yang paling penting ialah menyesuaikan saiz jig berdasarkan kedalaman air dan perlatan yang digunakan. Secara umummnya, saiz jig berubah bagi setiap 100 kaki. Misalnya, kedalaman 100 kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100g dan begitulah seterusnya jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar. Begitu juga saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenalpasti kawasan ikan bermain dan tidak tersasar akibat dibawa arus. Sebagai panduan, jig yang dipilih juga boleh disesuaikan dengan ikan-ikan umpan (bait fish) yang bermain-main di kawasan itu.

Warna jig juga memainkan peranan. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis night glow atau pun luminous adalah pilihan yang utama. Spesis seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan dengan jig malahan dalam banyak keadaan lebih tertarik untuk meratah kepingan besi daripada mencium umpan hidup. Untuk memudahkan dan membuat eksperimen, pastikan kotak jig anda mengandungi pilihan pelbagai jenis warna untuk disesuaikan dengan spesis-spesis yang berlainan dan tempat yang berlainan.

Jig-jig yang lebih ringan biasanya digunakan untuk memperdayakan spesis-spesis pelagik seperti tongkol, cupak dan tenggiri. Jig biasanya dilontar agak jauh dari bot dan dikarau dengan cara mengangkat tinggi hujung joran dan mengarau dengan laju apabila menjatuhkan joran seperti anda sedang mengepam joran. Manakala jig yang berat pula digunakan untuk memperdayakan spesis dasar seperti aji-aji dan kerapu. Jig dikarau laju sambil mengangkat sedikit sahaja joran atau dikenali sebagai fast short stroke. Kekili dipusing laju sekali sambil menghenjut joran dengan pantas.

Mata Pancing (Assist Hooks)

Sebarang mata pancing boleh digunakan tetapi sememangnya ada mata pancing yang dijual untuk dipadankan dengan jig anda. Yang penting anda perlulah mengikat mata pancing tersebut menggunakan sejenis tali yang dipanggil kevlar (selalunya berwarna merah) . Ada yang mengatakan bahawa penggunaan tali kevlar itu sendiri akan menarik minat ikan. Namun yang lebih penting penggunaan tali itu adalah untuk mengelakkan daripada jig anda tersangkut di dasar. Mata pancing yang dipadankan dengan jig seharusnya lebih lebar daripada kelebaran jig anda.

Image
Image
Anda boleh membeli mata pancing sahaja dan mengikatnya sendiri atau membeli mata pancing yang sudah diikat sedia

Image
Tali kevlar

ImageImage
Split ring dan solid ring

Image
Split ring dan solid ring yang diikat pada jig


ImageImageImageImageImageImage
Cara-cara mengikat assist hook

Image
Cara-cara memasang mata pancing pada jig


Image
contoh solid ring yang berkuasa...(bukan cap ayam)

Tali

Penggunaan tali sulam adalah satu kemestian dalam berjigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali diisi dalam gelendung kekili anda. Jangan kita lupa bahawa keseronokan berjigging adalah menggunakan peralatan pancing yang kecil dan ringan untuk menawan mangsa bagak.

Orang-orang Barat menggelarkan tali sulam sebagai dyneema atau spectra tetapi orang Jepun memanggilnya sebagai tali PE. Tali PE Jepun yang popular selalunya mempunyai warna yang berlainan untuk setiap 10 meter. Ini untuk membolehkan pemancing mengenalpasti tahap kedalaman tertentu ikan mengasak jig. Namun, penggunaan tali berwarna ini juga kadang-kala menimbulkan masalah tertutamanya apabila banyak “tukang gunting” berkeliaran di kawasan tersebut dan amat tertarik dengan warna-warni tali tersebut.

Terdapat pelbagai tali sulam di pasaran dan yang paling popular di kalangan kaki jigging ialah seperti Power Pro, Berkley Whiplash, YGK, Varivas, Gosen, Zenaq Jigger Thrust dan sebagainya. Janganlah terlalu berkira untuk membeli tali sulam yang berkualiti jika anda mahu menjadi mat jigging kerana kejayaan menewaskan spesis-spesis bagak banyak juga dipengaruhi oleh tali sulam yang berkualiti. Lagipun, tali sulam tidak mempunyai memori yang kalau dijaga dengan baik akan bertahan dalam tempoh yang lama walaupun warnanya luntur sekali pun. Tali sulam juga tidak akan rosak kalau berlilit dan diuraikan semula tidak seperti tangsi yang tentunya akan menjadi kerinting selepas sesi mesyuarat yang panjang.

Perambut (Leaders)

Penggunaan perambut adalah mustahak terutama untuk medium dan heavy jigging. Memandangkan tali sulam tidak mempunyai regangan, tali ini akan mudah putus apabila direntap secara tiba-tiba. Oleh sebab itulah perambut tangsi amat diperlukan. Perambut tangsi atau perambut kejutan mono (mono shock leader) ini diperbuat khas untuk tujuan jigging dan berlainan dengan perambut biasa. Kaki-kaki jigging pro selalunya menggunakan perambut jenis Fluorocarbon yang lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air yang dikenali juga sebagai perambut hantu. Tetapi perambut ini seperti Seaguar, Suffix Invisiline, Berkley Vanish agak mahal harganya.

Berapa panjangkah perambut ini? Tidak ada formula yang khusus sebenarnya. Yang penting, apabila ikan sudah berada di birai bot, anda tidak mahu memegang tali sulam yang tajam itu atau pun tali sulam anda bergesel pada birai bot yang akan memutuskannya tanpa anda sedari. Saya selalu menggunakan kaedah lima kali panjang joran untuk menyukat panjang perambut.

Satu masalah lagi. Bagaimana mahu menyambung tali sulam dengan perambut mono? Agak susah juga untuk dilakukan tetapi alah bisa tegal biasa. Banyak jenis ikatan yang diperkenalkan seperti double bimini twist atau uni to uni knot dan sebagainya. Tetapi ikatan yang paling digemari oleh kaki jigging ialah ikatan FG atau Mid knot.


Image
Ikatan FG atau Mid knot





Sabtu, 8 Jun 2013

Memancing Udang Galah

     Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.
    Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam. Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.
    Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa. Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit. 
Udang Galah Sungai Muar (Serom)

   Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
    Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500 gram. Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu 'terasa' beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh di temui di pasaran tempatan.





Dipetik dari Kolum Pok Mud Joran Berita Harian

Kumpau Di Kuala Rompin

Amboi dah bersawang blog aku ni ek. Setahun dah tak update. Hehe.. Tu le bile kemalasan dah melanda. Kebetulan pulak baru lepas pergi trip ke Kuala Rompin, jadi ada le cerita yang nak di kongsikan.. Trip ni  pun dah 1 tahun dirancang oleh sepupu aku Abg Halim.. Alhamdulillah 1 Jun 2013 kiteorang dapat merasa trip pertama di Kuala Rompin.
Trip kali ni seramai 6 orang aku, Abg Halim, Abg Akmal,Bro Hafiz, Cikgu Azim dan Saufi. Kami menyewa bot KM King Fisher milik bro Fendy. Bot fiber 32kaki dengan enjin suzuki 4 stroke 200kuda, bot tu pun lengkap dengan gps dan sonar.

Trip                  : Kuala Rompin
Peserta             : 6 orang
Bot                   : KM King Fisher
Spesis Target    : Janji boleh layan dan boleh dimakan
Keputusan Trip : Kumpau, tekong tak nak berpindah ke lubuk lain walaupun dah 2-3kali rabut.Tekong                
pulak yang lebih memancing dari kami. die jugak paling banyak dapat ikan. Dari jam 12.45 hinggalah 4.30 mancing kat lubuk yang same..
So aku pun malas nak cite panjang-panjang. Tengok gambar je la ye...

3 beradik bersedia untuk menguji lubuk di Kuala Rompin

Bergambar sebelum mabuk laut

Happy je masing-masing


Saufi dengan Talang pertama Trip

Tekong bot dengan Jemuduk pertama
Jemuduk lagiiiii.....

ebek pertama trip



Ade lagi tu...

Tu die... Jemuduk lagiiiiii

Sekian.....