Rabu, 13 Julai 2011

    Pukul 7 petang 10 Julai 2011 akhirnya kami bertolak juga ke perairan Pulau Undan. Pengalaman pertama kami memancing laut dalam yang berkedalaman lebih 30 meter. Rupe-rupenye susah jugak nak buat trip mancing ni. Trip ni sebenarnya dah dirancang lebih sebulan dari tarikh. Maksimum peserta yang diperlukan seramai 8 orang. Mulanya yang berjanji nak pergi seramai 7 orang tapi petang sebelum bertolak ke jeti seorang terpaksa menarik diri sebab tak sihat. Tak mengapa la masih ada 6 orang, tetapi masa kami berada di jeti 2 orang lagi menghantar sms menarik diri. Bengang betul rasenye, kalau dah memang tak nak pergi kenapa tak beritahu awal-awal, kan senang. Kami pun boleh cari orang lain untuk gantikan diaorang. Hati memang sakit, tapi kami dah berjanji dengan tekong. Ape2 hal pun mesti pergi juga. Tak mengapa lah walaupun pergi 4 orang saja. 

Bergerak menuju Pulau Undan, bro yang pakai topi merah tu krew bot.


Anggota trip termuda.. gembira je die


Alahai, bile nak sampai ni.. Pulau pun tak nampak lagi
 

Si Syafiq ni dari jeti sampai la ni duk masukkan benang kat dalam tanduk, tak masuk-masuk.


Ikan pertama trip, seekor tetanda.
                                                      

Ni la padahnye kalau tak makan pil tahan mabuk. Kecundang akhirnya. Haha..
                     

Syafiq dengan jenak pertamanye.. Dapat lesen gred A plak tu.. Tgk le wajah riak beliau..
                 

Syafiq dengan senangin tunggal trip kami

                                                 
Ini le tangkapan terbesar trip kami yang dinaikkan oleh cikgu Azim, pari beting seberat 7kg. Terpaksa shoot gambar kat jeti sebab kat atas bot tak boleh nak shoot, nak berdiri pun susah. Alun ombak terlalu kuat.

 
Inilah hasil trip kami. Boleh le untuk trip pertama.

Kami sampai di jeti Kg Sebatu lebih kurang jam 12 tengah hari. Terima kasih kepada tekong Ijan dan krew yang memberikan layanan yang baik sepanjang trip ini.

Sabtu, 2 Julai 2011

Senjata Perang ( Dengan ikan le..)


Ini le senjata terbaru aku.. Penn Sargus 6000. Beli kat Tat Lee Tackel. Baru 2 kali pakai, dah merasa la tarik jenak tetanda dengan senangin. Tapi belum betul-betul teruji. Maybe nextime dengan pari atau senangin kot. Kalau ade rezeki la.


Satu lagi senjata aku yang memang terbukti hebat tak kira memancing pantai atau laut dalam.. Banax SX5000. Sape yang ade pakai reel ni tau la kekuatan die. Harga memang mampu milik.

Reel surf berharga sederhana tapi berkualiti. Tica Scepter GX Series. Yang ni pun beli kat Tat lee Tackles.

Isnin, 27 Jun 2011

Kedai Peralatan Memancing di Melaka

Antara kedai-kedai pancing kat Melaka.. 

Top Ten
56, Jalan Kampung Hulu
75200 Melaka, Malaysia 

Syarikat Perniagaan Mee Fah
C-5228, Sungai Udang Batu13
76300 Melaka

Pro Tanyo Enterprise
No 54-56, Jalan Portugis,
Kampung Hulu,
75200 Melaka

Tat Lee Tackles
120 Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka

TCE Tackles
No 65 Jalan SP 1,
Taman Semabok Perdana,
75050 Melaka


 

Khamis, 23 Jun 2011

Joran sebatang cukup untuk teroka laut

KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.

Ada sesuatu yang menarik ketika Pak Nuri berbual dengan seorang pemancing veteran dari perkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapa peralatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebih selesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.

Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, Pak Nuri mencadangkan kepada semua kaki pancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joran pancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!

Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut. Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak.

“Tentu kelam kabut dibuatnya,” kata pemancing veteran itu yang mendapat gelaran Pokde Deris sambil menggayakan dua belah tangan menjulang joran pancing.

“Habis (kalau terlalu banyak joran) macam mana nak gulung tali?” katanya sambil ketawa besar mengingatkan peristiwa benar yang berlaku pada dirinya ketika muda dulu.

Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala kerana terlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya dengan baik.

“Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezeki terlepas begitu saja,” suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.

Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan ke dasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.

Justeru, daripada pengalaman Pokde Deris adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petua amalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yang hendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa beban yang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.

Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turun memancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai.

Artikel Nuri Angkasa, Joran Berita Harian

Cara Menetapkan Sistem Tegangan ( Drag)

Sistem tegangan (drag) dicipta supaya ia dapat memberi jangka hayat lebih lama kepada logam gear di dalam kekili. Oleh itu, gear diberi perlindungan supaya tidak haus atau rosak apabila tekanan dan beban yang dikenakan melebihi kekuatan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, 8kg bersamaan 17.6 paun dan gegedung kekili dimuatkan dengan tangsi kekuatan 30 paun. Lazimnya kita akan set sistem tegangan pada skala 1/3 daripada kekuatan muatan tangsi iaitu kira-kira 10 paun. Untuk lebih, tepat anda perlu gunakan skala pengukur dan tarik keluar tangsi dari gegelung dan perhatikan bacaan skala apabila tangsi keluar.

Jika bacaan kurang daripada 10 paun, ketatkan sedikit demi sedikit sehingga bacaan akhir tangsi mula keluar ialah pada tahap 10 paun. Apabila sudah tepat, biarkan kekunci sistem tegangan pada tahap ini. Walaupun sistem tegangan maksimum ialah 8kg tetapi seboleh-bolehnya dinasihatkan supaya jangan dikunci tegangan tali pada tahap ini. Biar kurang daripada paras itu supaya kita tidak memaksa kekili sentiasa beroperasi pada tahap maksimum kecuali sesekali dalam keadaan yang memaksa.

Selepas ini jika ikan melebihi 8kg memecut, sistem tegangan akan membenarkan tangsi keluar. Biarkan ikan lari selama nama yang dia mahu kerana konsep ini ikan tidak akan dapat memutuskan tali kecuali terkena objek tajam digigit atau bergesel dengan karang. Layan saja larian ikan sehingga ia letih. Semakin banyak ikan membuat larian, ia akan semakin letih kerana terpaksa menggunakan kudrat untuk menarik keluar beban 10 paun sepanjang masa.

Apabila tangsi semakin banyak ditarik keluar, beban yang asalnya 10 paun menjadi semakin berat. Ini kerana lebih banyak tekanan diperlukan untuk menarik keluar tangsi yang setengah isinya berbanding tali yang penuh di dalam gelendung.

Sistem tegangan akan menjadi berganda apabila 80 peratus tali asal keluar dari gelendung. Konsep asas - semakin kurang tali dalam gelendung semakin tinggi tekanan diperlukan untuk sistem tegangan beroperasi. Percaya atau tidak, tali 10 paun boleh menewaskan ikan seberat 60 paun!

Artikel ini dipetik dari Joran Berita Harian.

Rabu, 1 Jun 2011

FG Knot


The FG Knot Step-by-Step

 click the images below to see the actual steps

1.      Make a double of approximately 30 cm from the braided mainline.
2.      Wrap the open end of the braided double onto the little finger to form a loop.
3.      Spread the index finger and middle finger into the loop to form a taut line between the two fingers.
4.      Turn your hand over with the back of your wrist facing upwards. Insert one end of the mono leader into the loop between the two fingers.
5.      Without moving the mono leader, turn the left wrist to face upwards. This will create a cross wrap on the mono leader.
6.      A close-up view of picture no.5
7.      Point the mono leader upwards and twist the wrist again. After each twist of the wrist, point the mono leader end up or downwards depending on the cross wrap direction. After a few twist, you should noticed a wrap pattern developing along the mono leader. It is important to maintain the tension between the index and middle fingers to keep the wraps tight.
8.      Make about 10-15 wraps along the mono leader and then release the remaining line from the little finger. Tighten the wraps and while keeping tension, pull the mono leader end slightly forward with your teeth.
9.      Tie a half-hitch knot securely onto the mono leader.
10.  Continue to tie about 8 cross half-hitches, each with the threading end on a different direction, one after another.
11.  After about 8 cross half-hitches, hold the loose end of the braided line with your teeth and keep it tight. Lubricate the knot with some saliva. Wearing gloves, pull the mono leader end and the braided line end.. (text continuation in picture 12)
12.   in opposite directions as hard as you can to tighten the grip of the cross wraps and the half-hitches. It is normal to see some cross wraps expand and expose some of the mono leader on the top of half hitches.
13.  Continue to make about 5 or more cross half-hitches along the mono leader. Pull hard on opposite end again when done.
14.  Snip off the access mono leader to leave the approximately 5mm sticking out. Continue to make 8 or more cross half-hitches, this time, outside of the mono leader onto the braided mainline. This excess is to protect the knot during casting.
15.  Fold back the braided end onto the mono end. Using a lighter, melt the mono end of the leader near the knot to form a little bulb. This will insure the knot from slipping.
16-16.1 The completed FG Knot . A virtually knot-free solution to achieve a smoother casting experience.

                              

Ahad, 8 Mei 2011

Pemancing muda perlu tingkat ilmu

TUGAS seorang pemancing bukan hanya menyediakan peralatan yang canggih atau mahal saja sebaliknya masih banyak ilmu yang perlu dipelajari sama ada melalui pengalaman dan bertanya daripada pemancing berpengalaman atau veteran.

TUGAS seorang pemancing bukan hanya menyediakan peralatan yang canggih atau mahal saja sebaliknya masih banyak ilmu yang perlu dipelajari sama ada melalui pengalaman dan bertanya daripada pemancing berpengalaman atau veteran.

Tanpa ilmu yang cukup atau banyak aktiviti memancing pasti akan hilang keseronokannya. Sebab itu ada dia antara pemancing yang tiba-tiba hilang dari padang memancing atau menjual peralatan kerana bosan.

 Beberapa ilmu memancing yang sepatutnya diketahui seorang yang baru ingin menceburi dalam bidang keseronokan dan keindahan aktiviti memancing.


  • Peralatan memancing tidak seharusnya yang terlalu mahal (kecuali profesional) sebaliknya mencukupi bermula dengan satu batang joran (sama ada untuk pantai, laut atau kolam), kekili, mata kail dan batu ladung.

  • Tahu membezakan tali perambut dan tali utama yang akan digunakan sama ada di pantai, laut atau kolam dan penggunaan batu ladung di tempat yang sepatutnya.

  • Pelbagai jenis umpan yang menjadi kegemaran spesies tertentu sama ada untuk ikan laut atau ikan air tawar.

  • Mengenali spesies ikan yang beracun, tidak beracun, spesies yang dilindungi supaya pemancing lebiah bertanggungjawab.

  • Minta pengalaman mereka yang sudah lama memancing bagaimanapun untuk mengelakkan ikan daripada terlepas.

    Kebanyakan pemancing muda sangat kurang llmu mengenali ikan yang dipancing. Ini menyebabkan ada di antara mereka kadang-kadang membawa pulang ikan beracun dan ada di antara mereka terkena sengat atau tercucuk duri secara tidak sengaja.

    Manakala ada pemancing yang membiarkan ikan yang tidak dikehendaki di darat menyebabkan ia mati. Ikan yang tidak mahu diambil lepaskan semula ke laut, sungai atau kolam. Mereka juga adalah makhluk Allah dan mempunyai hak untuk terus hidup.                                                            

  • Artikel ini dipetik dari Joran Berita Harian

    Selasa, 18 Januari 2011

    Renung-renungkan

                Saya ingin menyentuh sedikit tentang perihal etika memancing. Sebagaimana yang kita semua maklum, salah satu etika memancing yang patut diamalkan ialah membawa balik ikan yang perlu sahaja. Terdapat sebilangan pemancing mengamalkan sikap ‘melepaskan batuk di tangga’ iaitu tidak mempedulikan atau tidak mengambil berat dalam mengamalkan etika ini. Pemancing-pemancing yang bersikap sebegini boleh dikategorikan sebagai ‘PEMANCING BANGANG’ walaupun mereka tahu apa yang dilakukan oleh mereka sebagai satu sikap yang tidak berperi kemanusiaan. Bayangkan ikan-ikan yang bersaiz kecil, yang masih bertaraf juvenil dibawa pulang. Kononnya ingin dimakan atau ingin menjadikan ia sebagai santapan kepada haiwan peliharaan mereka. Sikap yang sangat menjelekkan dan menjengkelkan ini sepatutnya dibuang terus daripada kamus pengetahuan para pemancing supaya stok ikan  di perairan negara kita tidak pupus.

    Selain itu, sikap menzalimi haiwan seperti membiarkan ikan  yang dipancing yang dianggap sebagai spesis pengacau mati kering sama ada di atas lantai bot atau lantai kelong juga patut dianggap sebagai sikap yang sangat tidak berperikemanusiaan. Pemancing yang sebegini juga patut dikategorikan sebagai ‘PEMANCING BANGANG’ kerana bersikap zalim. Jangan kita lupa bahawa setiap kejadian Allah SWT itu ada manfaat dan faedahnya. Contohnya ikan buntal yang sering memakan umpan dan memutuskan tali pancing selalunya akan dibiarkan mati kering kononnya mereka takut ikan tersebut akan memakan umpan atau memutuskan tali mereka sekali lagi. Sepatutnya kita sebagai manusia yang memiliki akal fikiran mencari cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah ini berlaku dan bukannya dengan menghukum ikan yang tidak mempunyai akal itu dengan cara yang tidak bertamadun. Faktor inilah yang  mungkin menjadi salah satu sebab mengapa nasib dan rezeki selalu tidak memihak kepada pemancing.

    Oleh itu, kita sebagai pemancing yang memiliki sikap nilai-nilai murni hendaklah sentiasa menasihati rakan-rakan pemancing yang tidak beretika supaya mereka membuang jauh-jauh sikap sedemikian. Dengan cara begini barulah khalayak yang bukan dalam kalangan pemancing akan memberi tanggapan yang positif kepada hobi memancing.